Sekejap je masa berlalu :)

Assalamualaikum dan hi semua .

Hehe , agak lama aku tinggalkan blog ni , semenjak jadi pelajar ni aku selalu sibuk , yelah dengan assignment , presentation , midterm exam dan final year exam , korang pun macam tu juga kan ? hehe ..

Last aku update blog aku pun tak ingat bila , tapi yang aku ingat ianya pasal kekasih aku , kehkeh , apa ye tajuk dia ? hmm , ok aku dah ingat , empat bulan bersama si dia , kalau korang tak baca lagi entry tu korang boleh klik --- > Panda Comel xD , lepas tu enjoy la entry tu ye ? hehe

Kalini aku nak update entry yang bertajuk , sekejap je masa berlalu , mesti korang tertanya tanya kenapa aku letak tajuk macam ni kan ? haha , okay sekarang ni aku nak bagitahu korang kenapa dan mengapa aku letak tajuk macam ni .

Aku letak tajuk entri ni macam ni adalah kerana masa , sedar tak sedar dah 5 bulan aku bersama dengan makwe aku ni ha , budak form 5 si kecik senget Alissa Nabilla , haha xD , walaupun dah 5 bulan aku bersama dia , tapi .. dah 3 bulan aku tak dapat contact dia ..

Kenapa ?

Dia budak SPM so dia nak fokus study , al maklum lah budak straight A's , dia nak kekalkan reputasi dia , handphone dia rosak , last aku call dia entah bila aku pun tak ingat , sedih la juga , last msg dia pukul 6 pagi time tu dia nak pergi sekolah , msg dia "Hi busuk :)" fuh , aku masih ingat lagi msg tu .

Oh dan tak lupa juga yang dia dah deactivated kan facebook dia tu , sebab dia kata dia tak boleh nak fokus , yela kejap kejap nak online katanya , so dia terpaksa lah buat bende tu semua , aku pun okaykan je la ..

Tapi , serius la aku kata , rindu dia sangat sangat , aku rindu suara dia marah aku , aku suka buat dia marah , aku suka sakat dia , aku rindu nak msg msg lagi dengan dia , hmm .. Aku ingat lagi dulu , time dia still pakai handphone ..

Setiap hari waktu persekolahan , aku akan bangun sebelum pukul 5 . 10 untuk kejut dia bangun dari tidur , aku msg dia suruh bangun , aku tunggu dia mandi , lepastu aku msg takpun call dia sampai lah dia pergi sekolah ..

Hmm , sekarang ? apa pun takde , msg dia takde , miscall dari dia pun takde , haih rindu kuasa dua tolak enam belas tambah sepuluh darab tujuh korang tahu tak ? sekarang pun kalau ada bunyi kat phone aku , mesti maxis yang hantar msg , haih ..

Aku risaukan keadaan dia , sangat risau , dia sihat ke tak , dia buat apa sekarang , dah makan ke belum , dia keluar dengan siapa , dia ada kat mana , tidur pukul berapa , tadi makan dengan siapa , hmm semua aku nak tahu .. tapi macam mana ? kan bagus kalau ada mesin doraemon , boleh aku pergi tempat dia tengok keadaan dia :(

Dah nak masuk 3 bulan dia deactivatedkan acc dia , rindu la juga kat dia , ahah tapi nak buat macam mana kan ? haih , nasib aku , tapi aku tak kisah sangat , dia nak fokus , nak study untuk SPM bagus lah tu , sekurang kurangnya dia fikir pasal masa depan dia ..

Lupa pula nak kata relationship yang aku buat dengan shazana kat facebook tu fake je , suka suka je buat , korang jangan main sebat je kata aku couple dengan dia lah apa la , aiyak dah banyak kali kitorang bagitahu yang hubungan kitaorang ni sekadar kawan biasa dan tak lebih .

Okay la sampai di sini je la aku merepek , sebenarnya aku dah takde idea nak tulis pasal apa lagi ni , hahha , semoga korang enjoy entry merepek aku ni , nanti kalau aku free aku update blog lagi , Assalamualaikum semua :)


3 comments: