Harapan

Assalamualaikum semua

Hai korang semua , ehem dah agak lama aku tak sentuh blog aku ni , haha dah berbulan bulan aku rasa , well aku ni jenis pemalas sikit , aku ada je masa nak update blog tapi aku malas and aku takde idea nak update pasal apa , tapi kalau bab main game aku laju je , hahaha

Harini aku tiba tiba jadi rajin nak update blog , well tak tahu kenapa dan jangan ditanya kenapa , haha aku tak tahu nak kasi jawapan apa nanti , tajuk entri aku kalini ialah Harapan , mesti korang nak tahu kenapa aku letak tajuk macam tu kan ? well kejap lagi aku cerita kenapa aku letak tajuk tu :)

Okay now aku nak mulakan kenapa aku letak tajuk entri ni harapan , korang semua mesti pernah jatuh hati kat seseorang atau lebih senang aku gelar crush . aku yakin korang mesti pernah ada crush , kalau crush korang ada twitter or facebook , mesti korang akan stalk aktiviti harian diorang kan ?

Apa yang diorang buat , dengan siapa dorang berbual , dorang ada kat mana , mesti korang tahu pasal tu kan ? aha aku pun pernah buat macam tu , setiap kali aku online , orang pertama yang aku akan cari ialah crush aku , aku nak tengok perkembangan terkini dia .

Hehehe , kalau dia ada update status or tweet kata saya rindu awak or i love you , mesti korang terasa kan ?  mesti korang berharap sangat yang dia kata kat korang kan  ? haha dah tahu sangat ah . korang mesti pernah berharap yang crush korang sedar akan kehadiran korang kan ? ye semua orang pernah berharap camtu

Tapi kalau berharap sangat pun tak boleh juga , nanti diri sendiri yang terluka , andai kata crush korang dah berpunya , sure korang yang kecewa patah seribu gitu , erm okay sebenarnya ni semua takde kena mengena pun dengan apa yang aku nak cerita kejap lagi .

Dimulakan ceritanya begini , aku ingat lagi , beberapa bulan yang lepas , time tu aku tengah online twitter , ada la sorang perempuan ni , aku gelar dia AA la senang cerita , aku ternampak dia kat timeline aku , aku saje tegur dia , aku tanya kenapa tak tidur lagi and dia jawab tak boleh tidur , so aku saja je kata nak aku teman ke and dia kata nak .

So aku teman la dia sampai dia mengantuk and masuk tidur , mula dari hari tu aku rasa aku minat kat dia , sebab dia friendly , and suka melayan aku , semenjak dari haritu , aku selalu tegur dia , selalu borak borak , dia la orang pertama yang aku akan cari bila aku on twitter .

Kalau dah minat tu secara automatik jadi Crush ah jawabnya ahaks , tiap tiap hari tegur dia , makin lama makin rapat , and aku saje kasi no kat dia , baru je kasi no dia terus msg , rasa gembira la juga , dia suruh aku jaga diri la apa la sebab time tu aku nak pergi kenduri .

So aku pun balas la jaga diri gak and macam macam lagi ah , suatu hari tu , masa tengah sedap msg msg dengan dia , tiba tiba dia tanya satu soalan yang mengancam kat aku , dia tanya macam ni , " erm you ada crush tak ? kalau i nak tahu siapa dia boleh ? "

Aku pun fikir dua tiga kali nak jawap soalan dia , fikir punya fikir aku pun jawab la , you la crush i , lepas tu dia gelak , rupa rupanya dia dah lama tahu , sebab dia perasan tweet aku dengan nana (budak twitter) ada banyak cakap pasal dia .

Aku pun tak tahu nak cakap apa sebenarnya , yang best nya dia pun crush kat aku sebenarnya , fuh dalam hati aku dah dup dap dup dap happy punya pasal . haha semenjak dari hari tu la aku taruh harapan kat dia , and secara tiba tiba muncul perasaan sayang dekat dia .

Kalau boleh setiap hari aku msg msg dengan dia and kalau ada kredit lebih , aku buat super savers and aku call dia , bercakap dengan dia boleh membuat kan diri aku tersenyum and sentiasa gembira . Tapi lama kelamaan keadaan berubah

Bila aku whatsapp or msg dia , dia balas lambat or tak balas langsung , kadang kadang aku terfikir , aku ni annoying ke ? aku buat dia rasa bosan ke ? lepas tu tiba tiba dia whatsapp aku , aku pun balas macam nak tak nak , dia tanya kenapa ni . aku pun cakap la , lepas baca tweet kau , lepas tengok cara kau layan aku

Aku tak rasa yang aku ni untuk kau , bye . Dia pun balas , maaflah kalau tak layan , itu tak bermaksud yang aku ada laki lain , aku just takde idea nak borak apa dengan kau , maaflah kalau buat kau macam ni , aku pun balas ye . Dia pun cuba sedaya upaya untuk explain segala gala nya

Dia kata sebab ni dia tak nak couple , dia tak nak sakitkan hati orang , dia tak nak orang yang dia sayang hilang macam tu je , aku pun kata la , kalau tak nak couple boleh cakap awal awal kan ? jangan kasi orang harapan , jangan cakap i love and sayang awak macam tu je , kalau nak kawan buat cara kawan , kau dah kasi harapan kat aku pastu kau kata nak jadi kawan je ?

Dia pun senyap je tak tahu nak balas apa , aku pun dah give up aku cakap la lepas ni dah tak payah contact lagi , dah tak payah tegur jangan panggil sayang i love you semua , pergi mampus , lepas ni biarlah kita jadi strangers with some memories .

Hmm , sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi aku dah takde idea , haha nanti aku buat part II ye , enjoy la entri pelik aku ni ye , haha :)

8 comments:

  1. xleh nak follow ni.... xde follower widget ke?

    ReplyDelete
  2. Jiwang entry ni...hahaha lelaki pun boleh buat entry gini. Anyway, sedihlah jugak huhu :(

    ReplyDelete
  3. well , fikir perempuan je boleh buat ? ahha :p

    ReplyDelete
  4. Wa faham lu bro .. Takpeee , maybe satu hari nanti u akan jumpa someone yg lebih memahami u n lebih menyayangi u ..
    Anyway ..
    Thanx sudi sponsor GA amer , kiteee da follow awk .. kalau awk sudi fly la kat blog sy .. n follow with pleasure =)

    Hope ade rezeki saya dpt hadiah yg awk taja .. TQ again .. ^__^

    ReplyDelete
  5. hehe thanks sebab memahami , baiklah miss :)

    ReplyDelete