Genting Highland ♥

Assalamualaikum . 


Huhu, dah lama aku tak sentuh blog ni, dah nak dekat sebulan aku tinggalkan blog ni, dah berhabuk kekeke , masa aku buat entri ni ,  Aku baru je balik dari Genting Highland ,  tetiba lak aku rajin nak buat pasal mende ni , tajuk entri kali ini ialah Genting Highland 




Aku ada join satu group kat facebook ni , nama group ni lepasan SPM 2010 . Ada sorang mamat ni , nama dia Isyraf . dia yang rancang semua ni , awal-2 kiteorang rancang nak pergi Pulau Pangkor , tapi diorang kata cam tak best je , last-2 diorang tukar tempat dari Pulau Pangkor jadi Genting Highland .


So , kiteorang pun setuju la nak pergi Genting tu , kiteorang  bajet nak pergi Genting tu  dalam rm200 (minumum) - rm350 (maximum) . Mula-2 aku tak nak pergi sebab malas dan takde duit . tapi , rasa rugi lak kalau tak join diorang pergi Genting , so aku pun cari la kerja . Aku kerja seminggu kat MITC pastu jadi Fasilator kejap . Dapat la duit dalam Rm 600 gitu . terlebih cukup lak nak pergi Genting . haha


Dari Melaka , aku ngan sorang kawan aku ni , nama dia farid , budak lepasan SPM 2010 gak , dan ada lagi sorang budak melaka ikut gak , tapi dia nak nama dia di rahsiakan , so aku gelar dia Capital N . haha , aku gerak hari khamis gitu , pergi rumah nenek aku kat masjid tanah tidur satu hari , pastu petang jumaat tu pergi amek Capital N . Lepas dah ambil dia baru la kiteorang gerak pergi bus stop masjid tanah .


Kiteorang amek bas Maraliner , bas tu bergerak kol 6.30 gitu , kiteorang sampai kat KL dalam pukul 8.34 . Turun kat Terminal Bersepadu Selatan . Sampai je kat sana kiteorang terus pergi beli tiket monorail ke LRT aku pun dah lupa pergi KL sentral nak jumpa kawan-2 yang lain. Lepas dah beli tiket , kiteorang pun nak la mende tu . 


Sampai kat sana je , boleh tersesat kejap -_- | biasalah aku orang melaka bukan orang KL , aku tanya orang kat kawasan tu boleh tunjukkan jalan tak ke tempat yang kiteorang nak pergi , dia pun tunjuk la , last-2 yang tukang tunjuk pun mengong gak -_- | aku nak pergi tempat lain tempat lain dia bawa . hadoii .


Last-2 call member aku tu , dia pun guide la aku . Jalan punya Jalan sampai pun ke tempat yang dituju . Berpeluh - peluh seh , dah la time tu hujan lebat . Nasib baik tak deman , dah jumpa kawan-2 aku tu kiteorang pun pergi la rumah nenek aku kat wangsa maju . Tidur sana jap pastu pagi esok dah gerak .


Kiteorang gerak pergi Setiawangsa , amek bas gerak pergi Genting Highland . Yang pergi genting haritu tak ramai , dalam 6 orang je . Nama orang yang pergi tu ialah , aku (Putra) , Farid , Mibz , Siti Aniza , Isyraf dan Capital N . Perjalanan dari situ pergi genting makan masa 40 minit  camtu .


Dalam bas tu kiteorang borak-2 , citer pasal diri masing-2 , plan nak buat ape kat Genting tu dan macam-2 lah . Masa berlalu dengan begitu pantas dan tanpa disedari kiteorang dah sampai kat Genting . Kiteorang turun kat tempat perhentian bas Genting tu sebelah 1st world hotel . Turun-2 je dari bas tu , mengigil-gigil aku , dah la pakai seluar pendek . haha , tapi memang best la .


Kiteorang pergi kat tempat tunggu bas lagi satu , pastu naik bas tu pergi hotel Awana kalau tak silap aku la , beli tiket skyway , naik cabel car terus pergi kat hotel kiteorang kat bawah . Nama hotel tu Gothong Jaya . Sampai-2 je kat sana , kiteorang check-in , letak barang , tukar baju pastu terus amek prebet sapu pergi hotel ape tah , nak cabel car naik balik pergi 1st world .


Dah sampai kat atas tu , kiteorang pun pergi la merayau-2 kat situ , mula-2 sekali kiteorang pergi masuk Snow World . Time tu suhu kat dalam bilik tu -8 . Sumpah sejuk gila -_- | tapi memang best la , kiteorang main salji kat dalam tu , main gelongsor , main kejar-2 pastu lepak sesama kat dalam tu . 


Lepas keluar dari Snow World , kite terus pergi beli tiket Outdoor theme park , harga tiket tu rm 47 kalau tak silap aku lah .. Time tu yang beli tiket Aku , Farid , Isyraf dan Capital N je , si Mibz dan Aniza tak nak join , diorang nak lepak tempat lain . So , ape lagi lepas dah beli tiket tu kiteorang terus pergi Outdoor theme park . 


Bende pertama yang kiteorang main ialah Space Shot . Serius aku kata , orang tua , pregnant women or orang yang ada sakit jantung memang tak boleh main mende ni , aku tengok orang yang kat atas tu dari bawah , menjerit-2 diorang , aku pun nak try gak . So aku pun naik la , semua orang naik kecuali Capital N , dia takut -_- 


Kiteorang pun beratur la nak naik bende tu , masa beratur tu kiteorang tengok je orang yang kat atas tu menjerit-2 . Tipu la kalau aku kata aku tak takut , haha , last-2 sampai pun turn kiteorang  . Aku duk tengok , Farid sebalah kiri aku , Isyraf duk sebelah kanan . Dah duduk kat kerusi tu, pakai bende kat situ , tetiba dia naik. dia naik  slow-2 , sampai kat atas je dia berhenti mengejut .


Pastu keluar bunyi angin yang agak kuat . Habis je bunyi tu , kiteorang turun secara tiba-2 , serius aku kata laju gila dia turun -_- | aku nak menjerit pun tak boleh , kecut perut aku dibuatnya .. Turun naik turun naik , habis pun bende ni , walaupun menakutkan , tapi memang best gila la , memang best , tersangat - sangat best .


Lepas tu kiteorang pun pergi main Roller Coster . Seperti biasa , kiteorang beratur dan tunggu giliran kiteorang . Sampai je giliran kiteorang orang , sume cepat-2 pilih tempat masing-2 haha , aku dengan Capital N , farid dengan Isyraf . Roller Coster ni lebih kurang cam kat Times Square Theme Park tapi lagi gempak la .


Start je bende tu bergerak , dah ramai yang menjerit , aku pun menjerit gak hahaha , dah lah bende tu bergerak dengan begitu laju , dengan angin sejuk lagi , pastu berpusing pusing , hadoii .. Pening kepala aku naik bende tu . haha , tapi memang best la , tak sia-2 aku bazir duit beli tiket OutDoor theme park .


Habis je bende ni , kiteorang jalan-2 jap , pastu kiteorang naik bende kayuh-2 tah ape nama aku pun dah lupa , cam biasa , aku dengan Capital N , Isyraf ngan Farid . Bende ni kiteorang naik kejap je sebab dah malam . aku dapat tempat kayuh yang rosak -_- | cam siot je , sakit hati aku bawak mende tu .. 


Habis je naik bende tu .kiteorang pun pergi la pusing-2 cari makan jap , dah habis makan , pastu cari la tempat yang best . Time dah nak balik tu ada ternampak bende ape tah . Bende pusing-2 , kiteorang pun ape lagi try la bende tu . haha , best gila . nanti aku upload tunjuk kat korang ye . haha , kiteorang main tak ingat dunia woo , tanpa disedari dah malam -_- | 


Kiteorang pun keluar dari situ pergi hotel naik cabel car pastu pergi kat hotel kiteorang . Sampai je kat hotel tu , ada yang dah tido , yang tak tido tu pergi lepak kat kedai makan kat bawah . Makan jap pastu naik balik pastu tido . Keesokkan harinya kiteorang bangun pagi-2 pastu beli tiket bas dan balik ke rumah masih-2 . 


OK , aku nak upload gambar ni , tengok jangan tak tengok ye ;) 






Terbaik woo ~ 



Roller Coaster



Smart tak ? haha xD



Genting Highland



Space Shot



Frust tak dapat masuk Dinasour Land ><


Sampai dini je la entry ni . enjoy ye ;)

3 comments:

  1. wahh.. best nye dapat pergi genting!! huu


    btw , selamat kembali berblogging juga :)

    ReplyDelete
  2. lily : hehe , kalau awak free nanti pergi la ;)

    mish : kalau boleh pergi la ^^

    ReplyDelete