Jumpa si dia ;)

Assalamualaikum para pembaca sekalian

Harini dah masuk hari ke 22 puasa , mesti korang semua tak sabar nak berhari raya dan menyambut hari merdeka betul tak ? hehe , kalau betul maknanya korang same je cam aku ni haa , tak sabar rasanya . Tahun ni sambut hari raya dan hari merdeka pada hari yang sama , mesti best gila la , hehe

Berbalik kepada tajuk entri , kali ni aku buat entri ni khas untuk untuk hari pertama aku jumpa si dia , korang mesti nak tahu kan siapa si dia tu kan ? hehe , orang tu ialah Nur Nadia Bte Muhd Amer  , orang yang berjaya membuatkan aku jatuh hati pada dia .

masa aku tengah buat entri ni , aku baru je balik dating dengan makwe aku ni haa , ni kali pertama kiteorang bertemu dan kali pertama kiteorang date , so aku ada malu sikit nak jumpa si dia . hehe , dimulakan cerita kiteorang dah janji nak jumpa kat Dataran Pahlawan ,

Sampai je kat Dataran Pahlawan , aku merayap dulu , pusing pusing kat kawasan tu , pastu aku pun dapat mesej dari dia . dia kata

Nadia : awak saya da sampai ni
Aku   :  oh , yeke ? awak kat mana ?
Nadia : saya ada kat dataran ni , saya pergi tandas dulu ye
Aku  : oh , okay-2 . pergi la dulu ye ;)

Habis je balas mesej dia , aku pun pergi la jalan - jalan jap , pastu pergi tandas . Masa nak pergi tandas tu , secara tiba tiba aku ternampak si Nadia ni ngan kawan dia baru je keluar dari tandas , terus cuak aku -____-
biasa la , baru pertama kali jumpa dia kan , mana tak gelabah , kalau korang pun mesti camni gak kan ? haha

Pastu dia cam perasan orang yang berada dia depan dia tu aku , so dia call la aku , aku tengok kat hp aku nama dia ada , pastu aku pandang belakang , masa tu dia tengah pandang aku , segan aku dibuatnya , haha .
pastu , aku pun pergi la dekat sikit dengan dia , tengok - tengok dia .

Tapi aku tengok dari jauh ( tak jauh sangat la ) sebab rasa segan nak face to face dengan dia , haha .2 minit berlalu , dia datang pastu tegur aku , rasa pelik pula , patutnya aku yang pergi tegur dia tapi dia pula yang tegur aku , haha lantak la janji tegur .

Cakap cakap dengan dia kejap , pastu masing masing pergi bawa haluan masing (padahal aku follow dia time dia dengan kawan dia cari baju), dia dengan kawan dia pergi cari baju , aku pun cari baju gak . Sambil sambil tu kiteorang mesej - mesej walaupun aku ada kat belakang dan dia ada kat belakang , malu punya pasal > <

10 minit berlalu , aku beranikan diri aku untuk tegur dan jalan sebelah dia . Hehe , awal - awal aku rasa malu tapi lama lama dah tak rasa malu tapi rasa happy sebab dapat jalan sebelah dia , bercakap dengan dia dan tengok muka dia yang comel tu ;)

Aku ikut dia dengan kawan dia jalan jalan . Pusing pusing Dataran dan Mahkhota , pergi kedai tu , pergi kedai ni , beli barang tu , beli barang ni , masa tengah jalan si Nadia pula kata nak main game , so aku , Nadia
dan kawan dia pergi arcade kat Makhota tu main game .

Nadia ajak kawan dia main sekali tapi kawan dia tak nak main , dia nak tengok Nadia main , aku tanya la si Nadia , nak main game ape awak ? Dia kata nak main game Daytona . So , aku pun pergi beli token . Dah beli token aku dengan si Nadia pun pilih tempat pastu main la game Daytona tu .

Nasib aku memang malang , stereng game tu rosak -____-  tapi aku tak kisah sangat sebab masa tu aku nak
main main ngan Nadia je , suka suka je , bukan nak menang , hehe , kasi dia pecut awal , pastu potong dia . memang best ;)

5 minit berlalu , kiteorang pun dah habis main game tu , So kiteorang pun nak balik , Nadia kata dia takleh lama - lama , so kena la balik awal . keluar je dari Mahkota dah ada bas , nasib kiteorang memang baik , naik je bas , bayar tiket , duk belakang sekali .

Masa dalam bas tu , aku duduk sebelah Nadia , so ape lagi , tengok je la dia , cakap cakap ngan dia , tengok muka dia , cakap pasal rambut la , pasal tu la , pasal ni la , tup tap tup tap , dah sampai Melaka Sentral , turun je dari bas , jalan - jalan jap pastu aku hantar si Nadia dengan kawan dia tu naik bas .

Dah hantar dia dengan kawan dia naik bas , baru la aku cari bas aku pastu balik rumah . Sampai je rumah cuci muka , pastu tidur jap , masa tu kepala sakit sangat , hehe , eh , korang mesti nak tengok kan pic ape yang kiteorang snap masa dating tadi kan ? haha , tak snap pun , dia just snap pic dia dengan kawan dia je .

Nak tengok tak ? hehe , jap ye aku upload kasi korang tengok ;)


Nadia ngan kawan dia ;)



My Nadia ;)



My Nadia ;)

Ni la gambar yang diorang snap tadi , haha . hope korang enjoy entri pelik lagi merapu aku ni , haha ;)

7 comments: