Belasungkawa buat penulis blog telordibasuh (Abdul Hakim)

Belasungkawa buat penulis blog telordibasuh (Abdul Hakim)

telordibasuh
 Beliau adalah penulis blog telordibasuh.blogspot.com , dan juga kawan rapat kepada penulis blog tubelawak. Tak sangka, bila cek kat facebook, rupa-rupanya beliau sudah dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Kesannya, paru-paru menjadi keras dan beliau tidak dapat bernafas sendiri. Baru sebentar tadi tiba-tiba tubelawak inform di facebook:
Abdul Hakim Bin Mohd Kamal atau lebih dikenali sebagai "telordibasuh" telah meninggal dunia sebentar tadi.. sama-sama kita berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. al-fatihah untuk Abdul Hakim Bin Mohd Kamal
Pesanan dari abang beliau:
Andai arwah ada melakukan kesilapn sepanjang hayatnya, saya selaku abgnya ingin menyusun jari memohon maaf mewakilli pihak arwah. Dan andai masih terdpt hutang yg belum arwah selesaikan. Bolehlah maklumkan dgn menghantar msj ke Fb saya. Syukran jazakallahu khairan! (Firdaus Kamal)
  • Hakim, sorry tak sempat jumpa hang, tahun ni aku tak balik cuti  :(
  • Macam ada maksud pulak gambar kat profile picture tu.

Cukuplah mati itu sebagai peringatan

Peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan blogger yang lain, cukup lah mati itu sebagai peringatan buat diri kita. Hakim pun baru berumur 20-an dan sudah menghadap ilahi, bagaimana pula dengan kita? Allahu'alam.
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)

No comments:

Post a Comment