Tips Blogging: Menjadikan Blog dikenali ramai

Kalau ada follower blog ni yang perasan, sudah beberapa hari aku tidak update entri. Ya, sebab aku tiada idea. Tapi the feeling to update entries tu sentiasa ada. Tu pasal aku ambik masa yang sikit ni untuk lepaskan kerinduan aku dekat blog ni.




Orait. Dunia blog ni ada banyak jenis blogger. Blog pun banyak jenis jugak. Ada yang personal, ada yang blogshop, ada yang politik, ada yang jenis agama. Senang cerita macam-macam
ada la! Tapi apa yang pasti, setiap blog sure akan bermula dari bawah. Tiada yang buat blog terus dapat follower dan pembaca yang ramai.

Aku percaya setiap blogger pasti inginkan blognya mempunyai ramai pembaca dan blognya dikenali ramai. Aku pun sama jugak. Tipu la kalau aku cakap, "Heh, aku berblog saja suka-suka. Aku tulis apa yang aku suka. So, aku tidak peduli sangat dengan orang yang baca blog aku ni." That's bullshit. Setiap orang memang inginkan kepuasan. 

Kalau korang adalah cikgu, kepuasan tu boleh didapati sekiranya korang berjaya mengajar murid sampai pandai. Kalau korang adalah seorang doktor, kepuasan tu tercapai sekiranya pesakit tu berjaya sembuh. Dan bagi seorang blogger, kepuasan tu boleh dicapai sekiranya entri korang mendapat sambutan dan blog itu dikenali ramai serta pembaca dapat menangkap mesej yang korang ingin sampaikan.

So, berbalik kepada isu asal. Bagaimana ingin dikenali ramai? Ini la persoalan yang selalu menerjah kepala blogger-blogger baru di luar sana. Sebenarnya senang saja. Buat la entri yang BERKUALITI. Aku sengaja capslock kan perkataan berkualiti tu untuk membawa pembaca berfikir. Mungkin ada yang akan bertanya soalan ini pulak. "Berkualiti macam mana tu?"




Kalau mengikut pandangan aku, entri berkualiti ni selalunya adalah entri yang mempunyai pengajaran, disampaikan dengan cara yang tersendiri, membuka minda para pembaca, mampu menghiburkan pembaca, tidak terlalu bosan, blablabla. Banyak lagi sebenarnya definisi 'berkualiti'. Kalau korang selalu baca entri yang ramai orang share, korang tau la apa maksudnya berkualiti.

Tidak semestinya menulis entri berkualiti kena tulis panjang-panjang macam yang aku buat ni. Yang simple-simple pun boleh jugak. Ikut korang sendiri saja. Asalkan menarik. Dan pastikan yang korang tulis tu tidak terlalu personal dan common. Contohnya: "Hari ni saya makan nasi." Ya, semua orang makan nasi dan tiada siapa mau tau pasal kehidupan diri korang melainkan korang adalah artis. Get the point? Just make sure your entries are catchy enough to make sure readers stick with your blog.

Bila korang selalu post entri yang berkualiti, lama-kelamaan blog korang akan mempunyai pembaca setia. Pembaca setia la yang paling penting. Diorang sanggup datang ke blog korang setiap hari semata-mata untuk menunggu entri terbaru. Dan diorang jugak kadang-kadang membantu promot entri korang tu kepada orang lain. Lama-kelamaan blog korang akan semakin dikenali oleh pembaca lain dan sekiranya ia berterusan, maka tidak mustahil blog korang akan dikenali oleh lebih ramai orang.

So, dengan sedikit tips yang aku kongsikan ini aku harap blogger-blogger baru di luar sana akan dapat terus bersabar dalam menaikkan nama blog korang di dunia internet ni kerana tidak semua benda yang kita inginkan boleh didapati dengan begitu saja. 

Apa yang penting adalah usaha korang sendiri.

2 comments:

  1. Yup btol tu shahrizan, mmg la as a blogger kita nk blog kita dikenali, ramai pmbaca dan org suka kat blog kita! yeah! aku suka entri ni.! emm... hbis ko rse blog aku berkualiti x??? haha!

    ReplyDelete
  2. betul juga..aq pon x suka,,i follow u,,u follow i..klau boleh biarlh dy follow kite sebb dy suka bce blog kita..

    ReplyDelete