Minta Maaf Sebelum Mati

Aku duduk , merenung ke arah luar tingkap . Aku menghirup udara segar luar yang berhembus masuk ke dalam bilik sambil berfikir sebentar.. Aku terfikir , apa agaknya yang akan terjadi bila aku sudah mati . Mesti blog aku jadi suram kan ? Followers pun tak tahu aku sudah mati.. Ye la , siapa la yang nak update enrti pasal aku sudah mati. Da aku sorang je yang tahu password blog ni.. Orang lain tak tahu.. 



Actually, aku baru terserempak dengan satu blog ni. Penulis dia Maisara. Dia dah tak ada dekat dunia ni due to cancer (Al-Fatihah for her). Aku baca entri dia yang lepas-lepas pasal sakit dia tu, fuhhh. Meremang bulu roma. Bayangkan entri terakhir dia pada 18 September 2008. Sampai sekarang chatbox dia masih hidup. Starting dari entri last dia tu, ramai orang yang bagi kata-kata semangat kepadanya di sini. Ada yang suruh get strong la, suruh berdoa banyak-banyak la.

Dan pada 19 Oktober 2008, al-Fatihah pun bermula. Cuba bayangkan kalau aku pulak yang tiba-tiba mati mengejut. Korang sedih tak? Mesti tidak kan? Ala, aku tau la aku ni bukannya sapa-sapa pun bagi korang. Tapi satu je aku nak buat sekarang ni. Mana tau tiba-tiba aku ditakdirkan untuk kembali kepada-Nya dalam masa terdekat.

Aku cuma nak minta maaf sekiranya aku pernah berbuat salah kepada sapa-sapa pun. Tak kisah la dia blogger ke, pembaca blog ni ke, kawan aku ke atau sapa-sapa la yang pernah berkecil hati dengan aku. Aku nak minta maaf sangat-sangat. Aku rasa macam aku ni dah selalu sangat buat salah dekat orang lain. 

Tapi kalau ada yang pernah terasa dengan aku dan tak nak maafkan aku, takpa la. It's your right. Allah lebih berhak tentukan apa yang berlaku di akhirat nanti. May Allah bless.

Ambillah yang keruh, buanglah yang jernih.

No comments:

Post a Comment